Kalendar 2024



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Blogger Bio: Pengasas

Pemegang SKM, DKM, DLKM, TVET-i, TTT Certificate,
Diploma in Beauty Therapy (Esthetician), Professional Certificate in Beauty Therapy  


~Sekapur sireh Seulas Pinang~

Assalammualaikum. Salam hormat dan salam penuh kasih sayang buat kalian yang sudi menjengah blog ini. Segala puji bagi allah SWT tuhan Pencipta sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sebagai wanita, terdapat banyak keistimewaan yang diberikan Allah SWT. Seperti mencari rezeki yang halal, mengharapkan berkat, bermandi peluh serta berjerih demi berkongsi rezeki bersama keluarga, anak, suami, isteri, diri sendiri, saudara mara, sahabat, kawan serta rakan dan memastikan kelancaran hidup didunia yang sementara ini. Hamba berserah kepada mu Ya Allah semua allah mempermurahkan rezeki hamba-hamba-Nya yang telah berusaha.


Bukan mudah untuk menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan dan spa. Selain ilmu dan kemahiran, seseorang itu juga perlu bijak menerajui perniagaan agar terus berkembang maju. Hakikat ini diakui kerana meski nampak mudah REALITInya hanya segelintir sahaja usahawan Bumiputera yang mampu bertahan. Cetek ilmu dan kurang pengalaman dalam bidang kecantikan serta spa dan juga selok belok perniagaan adalah punca kegagalan golongan tersebut.

Dalam proses untuk menimba ilmu kecantikan, anda telah berusaha dengan gigih dari segi meluangkan masa keemasan anda untuk menghadiri pelbagai Kursus Kecantikan serta melaburkan wang ringgit untuk menghadiri apa jua kursus yang kami anjurkan demi mempertingkatkan kemahiran serta memantapkan lagi ekonomi anda. Tidak kurang juga, dengan membeli pelbagai jenis produk-produk kecantikan yang lengkap untuk gunakan dalam sesi praktikal. Kami berasa bangga kerana anda telah menunjukkan sikap ingin belajar untuk memperbaiki diri anda. Kami percaya sikap murni ini merupakan titik permulaan kepada pencapaian yang lebih tinggi jika anda tidak jemu mencari ilmu. Kini tibalah masa anda menggunakan ilmu yang telah anda pelajari untuk memperkembangkan perniagaan anda. Oleh itu, kami berharap anda telah bersedia dengan sebaik-baiknya untuk merancang strategi dan aktiviti anda didalam bidang kecantikan.

Di ruangan ini kami menawarkan pelbagai jenis kursus kecantikan, produk kecantikan, juga kami kongsikan bersama anda mengenai selok belok produk-produk kecantikan, tips, petua serta info bagi kesihatan, peluang kejayaan dan bagaimana menjadi usahawan yang berjaya dalam industri kecantikan.

~Kecantikan hanyalah kulit luar. Namun yang sangat penting adalah keseimbangan antara fikiran, tubuh dan jiwa~


Bagaimana menjadi seorang pendidik dalam industri kecantikan?
Perkara Kecil yang paling besar ialah pendidikan yang hebat datang daripada pelajar yang hebat. Lebih kerap kita meletakkan diri kita di tempat duduk pelajar, lebih dekat kita dengan keperluan pelajar. Kandungan dan konteks persekitaran pembelajaran yang cenderung akan menjadi basi jika kita sentiasa berada di hadapan khalayak dan tidak pernah berada di dalamnya.

Sebagai pendidik dalam industri kecantikan, walaupun kelas banyak dimuatkan dengan teori dan amali, ilmu keusahawanan juga perlu diberikan keutamaan. Hati pendidik juga merupakan perkara kecil yang penting dalam peranan ini. Saya telah mendengar petikan ini daripada ramai orang yang berbeza selama bertahun-tahun dan saya benar-benar percaya ianya benar, "Orang ramai tidak peduli apa yang anda tahu sehingga mereka tahu anda mengambil berat." Malangnya, sudah pasti ada tahap narsisisme dalam dunia pendidikan. Sesetengah orang berdiri di hadapan khalayak kerana mereka benar-benar mahu membentuk minda, manakala yang lain berdiri di hadapan khalayak supaya mereka boleh cuba menarik perhatian orang ramai dengan semua perkara menarik yang mereka tahu. Saya tahu bunyinya agak kasar, tetapi ia benar.

Kita semua telah menghadiri kelas yang berbeza antara satu sama lain dan jika anda benar-benar melihat kembali kelas yang tidak dapat dilupakan, ini akan menjadi tentang perasaan anda dalam kelas itu lebih daripada apa yang anda pelajari.

Elemen fizikal dan teori pembelajaran semuanya boleh ada sahaja, tetapi jika kita sebagai pendidik tidak 100% berdedikasi kepada pelajar sebagai keutamaan tertinggi kita, kita telah terlepas peluang untuk membentuk kehidupan berbanding hanya mengajar sesuatu kemahiran

Sebelum itu, kita kenali dulu siapakah Pengasas biasa-biasa ini, walaupun tidak secantik bidadari tetapi 'manis'nya tetap menjadi pujaan..

Pengenalan
Pengasas : PN SALMIE RAZALI (D’Village Spa & Beauty Academy, Rumah Pantang Melaka, Salun Rambut Wanita, SalzaR Esthetics)

D'Village Spa & Beauty Academy adalah pusat Kemahiran Kecantikan di MELAKA. Kami juga telah melahirkan lebih 3000 usahawan kecantikan yang berilmu, berkemahiran, berdisiplin, berdaya saing dan lebih pro aktif. Akademi kecantikan kami telah dikenali sejak tahun 2006. Banyak berkolaborasi dengan kerajaan, agensi kerajaan, belia dan swasta. Pengasas telah menceburkan diri dalam bidang kecantikan seawal tahun 1994. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang spa dan terapi kecantikan, perbidanan dan bidang dandanan rambut dan guntingan rambut lelaki juga wanita. Mempunyai produk kecantikan SalzaR Aesthetic dengan kerjasama SIRIM dan MARA. 

Selain menawarkan khidmat kecantikan, akademi ini melatih beliawanis serta bakal usahawan sebagai perantis dalam bidang latihan kemahiran kecantikan, penampilan diri, khidmat rundingan dan nasihat, pengurusan dan bimbingan keusahawanan.

Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka.

No. Pendaftaran Perniagaan (SSM) : MA0164133-U
No. Perdaftaran Lesen (PBT) : L6.19899

Sijil | Diploma
1. SKM
2. DKM
3. TVET-i
4. TTT Certificate
5. Diploma in Beauty Therapy (Esthetician)
6. Professional Advance in Beauty Therapy
7. Back Stage Makeup & Beauty Courses (Cosmetology)
8. QL Hair Academy (Cosmetology)
9. Kolej Komuniti Kota Melaka (Sijil Guntingan Rambut dan Dandanan Rambut)

Jawatan dalam sukarelawan :-
1. Pengerusi KOSPEN, Tangga Batu Melaka
2. Pengerusi Pertubuhan Wanita, Keusahawanan & Kemasyarakatan 

Antara Bidang TERDAHULU:-
1. Menceburi bidang Peragawati bersama :-
- David Modelling Center Melaka selama 6 tahun
- Adam Back Stage Melaka selama 3 tahun
2. Menceburi bidang tarian bersama :-
- David Entertainment & Dancer selama 2 tahun
- Golden Private Dancer Melaka selama 2 tahun
- Bridget Seni Melaka selama 2 tahun

AS Choreographer for Beauty Pageant-Catwalk:-
1. Miss China Town Melaka
2. Miss Tourism Johor
3. Miss Kebaya Melaka
4. Miss Merdeka Queen, Emperor Hotel Melaka
5. Miss Takara Melaka
6. Tesco Melaka (Staff Annual Dinner-Fashion Show)

Perlantikan Terdahulu
1. Tenaga Pengajar_Kolej Komuniti Selandar Melaka (Spa dan Kecantikan)
2. Tenaga Pengajar_Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (Spa dan Kecantikan)
3. Tenaga Pengajar_Kolej Komuniti Segamat, Johor (Spa dan Kecantikan)
4. Tenaga Pengajar_Kolej Komuniti Muar, Ledang. (Spa dan Kecantikan)
5. Panel Penasihat bagi Program Diploma Kosmetologi Kolej Vokasional, Muar
6. Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Kota Melaka
7. Kolaborasi Strategik Beauty Galore Kolej Komuniti Tampin
8. Strategic Partner IBCI_International Beauty Certified Institute (Professional Beauty Industry)

Berkerjasama dengan Jabatan atau Persatuan :-
1.Jabatan Pembangunan Wanita
2.Pertubuhan Wanita, Usahawan & Kemasyarakatan
3.Usahanita Negeri Melaka
4.Kolej Komuniti Kota Melaka
5.Kolej Vokasional, Muar
6.International Beauty Certified Institute
7.KEMAS, Parlimen Tangga Batu, KEMAS Parlimen Kota Melaka
8. KOSPEN

PUAN SALMIE (cekgu kemahiran kecantikan)
Founder, Instructor, Entrepreneurs, Beauty Management Consultant 
Certified Certificate, Certified Instructor

Hakcipta terpelihara D'Village Spa & Beauty Academy Melaka

Disediakan oleh : Aidhan Syahaizad

Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy